Wednesday, April 21, 2010

CEMBURU

saya cemburu. MySpace

bila kawan kawan satu rumah masing masing mengisi borang untuk dapatkan perkhidmatan streamix di rumah. maksud saya, rumah d kampung.

sebenarnya....
bukan itu yang buat saya cemburu. bukan perkhidmatan streamix itu...tapi.. saya cemburu sebab kawan kawan dapat notebook percuma. notebook saiz keci yang saya idam idamkan. saya dan kawan saya adiq, hanya melihat betapa gembiranya kawan kawan yang lain mengisi borang itu. borang hijau dan borang berwarna merah jambu. sedih dan cemburu. tapi apa boleh buat..kami orang susah. MySpace
tidak mampu bersuka suka dengan benda itu. saya ingin call mama. tanya mama sama ada boleh ka saya menempah benda ini, tapi saya tau kalau saya tanya, mama akan dapat detect betapa saya mahukan benda ini. tapi kami orang susah. saya takut saya buat mama sedih. jadi, saya hanya melihat kawan kawan berwajah ria dan ketawa riang. saya cuba pujuk hati, mengatakan di rumah ada enam adik beradik yang lain. saya cuba pujuk lagi, kalau sudah kerja nanti boleh beli benda yang saya mahu. pujuk lagi, rm38 sebulan itu sudah boleh beli berbagai jenis makanan yang boleh isi perut dan jadi kenyang. lalu, saya senyum. tapi...saya masih cemburu. tidak apalah...


lain kali saja.
Related Posts with Thumbnails

Daisypath Anniversary tickers