Friday, February 26, 2010

UNFINISHED BUSINESS

-speechless-

Thursday, February 25, 2010

"ORANG BESAR, TOLONG SAYA!"

kanak kanak mempunyai satu perasaan yang sangat halus. ini menyebabkan sukar bagi orang dewasa (kanak kanak gelar orang orang dewasa sebagai orang besar kan) untuk memahami apa yang sedang difikirkan atau dirasakan oleh seseorang kanak kanak itu. kita sebagai orang yang lebih dewasa daripada kanak kanak melihat seorang kanak kanak itu sebagai dalam keadaan sedih kerana dia menangis, atau kanak kanak itu riang bila dia ketawa. namun kita sukar merasai apa yang ada jauh di dalam hati seorang kanak kanak. orang dewasa selalu mengeluh kerana banyak perkara.

satu:
kerja.

dua:
hal rumah.

tiga:
sikap anak.

empat:
macam macam.

tapi kita! kita! ya kita sebagai dewasa: lupa melihat ke dalam hati kanak kanak. kita stress. kanak kanak juga merasai stress. kita sedih. kanak kanak juga merasai sedih.

kanak kanak memerlukan bantuan kita. ya, bila ada sesuatu yang terselit sangat dalam di hati mereka (terutamanya kesedihan) mereka sangat sukar meluahkan kesedihan itu. bukan semua. tapi ada sebilangan. dan bila kita bertanya seperti ini:
"kamu sedih?" mereka geleng geleng.

renung dalam ke mata seorang kanak kanak: akan terlihat satu kesedihan dan dengar: orang besar, tolong saya!

sebenarnya banyak cara yang boleh kita lakukan: sebagai orang dewasa. untuk membantu kanak kanak comel ini. (comel itu abstrak dan semua kanak kanak adalah comel)

1. galakkan kanak kanak supaya meluahkan emosi yang mendalam pada persekitaran yang selamat dan dipercayai.

2. tanyakan dengan lembut mengenai perasaannya. kanak kanak mudah percaya pada orang dewasa yang lemah lembut terhadapnya.

3. nyatakan padanya, tidak salah sekiranya dia merasa sedih dan menangis.

4. dengar dan rasa apa yang dirasai oleh kanak kanak tersebut tanpa sebarang tanggapan.

5. sekiranya kanak kanak itu tahu menulis, galakkan dia menulis apa pun yang dirasainya.

6. hiburkanlah hati kecil sang kanak kanak.

kita pernah merasai bagaimana rasanya menjadi seorang kanak kanak dan kita harus tahu apa yang dimahukan oleh kanak kanak. kadangkala, apa yang kita pernah dapat tidak pernah dimiliki oleh kanak kanak lain.

anak adalah satu hati yang tidak ternilai harganya.

Wednesday, February 24, 2010

ELAK JADI PENDENDAM!

perasaan marah, benci dan sakit hati adalah satu perasaan yang biasa dihadapi oleh semua orang terutama apabila dirinya disakiti oleh manusia yang sangat signifikan dalam dirinya. namun, apa yang membimbangkan apabila perasaan tersebut berlanjutan sehingga menyebabkan timbulnya perasaan dendam. andainya dendam ini dibiarkan terus di dalam diri, maka lama kelamaan ianya bukan sahaja mampu membangkitkan niat yang jahat dan buruk malah mungkin juga boleh mendorong seseorang untuk melakukan jenayah!

perasaan dendam lazimnya
berpunca dari pengalaman pengalaman yang menyakitkan. ianya lahir dari perasaan marah kemudian disimpan dan hari demi hari akan timbul perasaan ingin membalas. lebih membimbangkan lagi membalas bukan sekadar membalas malah apabila dendam menghantui diri ada yang sanggup melakukan sesuatu yang lebih kejam. perasaan dendam tidak akan dilupakan sehinggalah saat pembalasan tiba. sebenarnya, perasaan dendam dan niat mahu membalas dendam adalah disebabkan oleh ketidakmampuan diri kita untuk berdamai dengan diri sendiri. diri kita sendiri yang tidak mahu berusaha untuk melepaskan rasa sakit yang dirasai sebaliknya memilih untuk menyimpan! ingat!! manusia mempunya pilihan.

biarpun individu yang berdendam punya kesempatan dan peluang untuk membalas dendam namun itu bukan penentu masalah telah selesai. sebaliknya, dendam dan membalas dendam membawa kepada banyak perkara yang negatif.

terbiasa: sekali individu itu mula berdendam dengan seseorang maka seterusnya akan terbiasa berdendam biarpun hanya kerana hal hal kecil.

tidak boleh menerima gurauan: dendam mengakibatkan hati rosak dan selalu berprasangka buruk pada individu lain. gurauan dianggap serius!

dipulaukan kawan kawan: individu yang suka berdendam kurang disukai dan akan dipulaukan. orang di sekelilingnya bimbang andai tersalah langkah mereka juga akan menjadi mangsa dendamnya.

dipandang negatif: sentiasa menjadi buah mulut orang lain kerana selalu berfikiran negatif pada orang lain dan lebih serius lagi kesannya mereka juga sentiasa beranggapan negatif pada kita walaupun kita ingin membuat kebaikan.

membunuh diri: membiarkan perasaan dendam bersarang dalam diri sebenarnya sama seperti kita membunuh diri sendiri. hati menjadi busuk dan berulat!

hilang kepercayaan: orang yang suka berdendam biasanya akan hilang kepercayaan pada semua orang termasuklah ahli keluarga sendiri. individu ini beranggapan semua orang tidak ikhlas di matanya. perasaan inilah yang membuatkan individu tersebut sukar untuk maju kerana tidak memberi peluang kepada orang lain untuk membantu dan kerana tidak memberi peluang pada diri sendiri untuk percaya pada orang lain.

manusia mempunyai pilihan dan manusia menjadi seperti apa yang mereka pilih!

Saturday, February 20, 2010

sekali lagi buku yang menyentuh!

JADIE : GHOST GIRL

"Jadie never spoke. she never laughed, or cried, or uttered any sound. despite efforts to reach her, Jadie remained locked in her own troubled world- until one remarkable teacher persuaded her to break her self-imposed silence. nothing in all of Torey Hayden's experience could have prepared her for the shock of what Jadie has been through. a story too horrendous for Torey's professional colleagues to acknowledge. yet a little girl was living in a nightmare, and Torey Hayden responded in the only way she knew how-with courage, compassion, and dedication- demonstrating once again the tremendous power of love and care".

buku ini menceritakan mengenai seorang kanak kanak perempuan, Jadie dan pengalaman pengalaman yang dilalui oleh Torey Hayden bersama kanak kanak ini. pada awal pengajarannya di dalam kelas itu, Torey mempunyai empat orang murid. Jeremiah, lapan tahun. seorang kanak kanak yang hyperaktif, talkative dan selalu mengganggu rakan rakan yang lain. namun pemikirannya dan pengetahuannya normal jika dibandingkan dengan rakan rakan sekelas yang lain. Philip, budak lelaki berumur enam tahun yang masih belum pandai bercakap dengan sempurna. atau mungkin juga sengaja tidak mahu bercakap dengan baik. Philip sering menjadi bahan ejekan Jeremiah dan kemampuan akademiknya sangat rendah. Ruben, sepuluh tahun. kanak kanak yang tampan tetapi menderita autism. dan yang akhir sekali Jadie, watak utama dalam kisah ini. watak yang dicurigai menderita selective mutism dan menjadi korban phedophilia. Jadie menghadapi satu perjalanan hidup yang sangat mengerikan dan membuatkan pembaca sukar mempercayai bahawa ada kanak kanak yang terpaksa hidup seperti itu. pada permulaannya, Torey bersama sama murid muridnya seperti biasa sahaja. namun saat yang menegangkan timbul apabila Torey melihat rakaman pembelajaran yang diadakannya di dalam kelas tersebut dan melihat sesuatu yang aneh. Jadie yang selama ini tidak pernah mengeluarkan sebarang bunyi, dan selalu membongkok rupa rupanya boleh berdiri tegak dan bercakap. lalu, sejak saat itu berbagai cara dilakukan oleh Torey untuk membenarkan agar Jadie dapat bersikap terbuka kepadanya. sampai pada akhirnya, Torey mendapat tahu bahawa ayah Jadie merupakan sebab utama mengapa Jadie menjadi kanak kanak selective mutism.


menemui buku yang menyentuh.


SHEILA : LUKA HATI SEORANG GADIS KECIL.

di dalam kelas yang kecil itu, sudah ada seramai lapan orang murid yang berusia tidak lebih dari sepuluh tahun. di antara murid murid tersebut, pernah seorang murid cuba untuk membunuh diri, seorang lagi buta, seorang lagi agresif. dua orang murid menderita autisme, seorang skizofrenia. malahan seorang murid perempuan pernah mengalami penganiayaan fizikal dan seksual dan yang seorang lagi menderita fobia.

bila kita harus menjadi pendidik di dalam kelas kecil itu, bersediakah kita, seperti Torey Hayden, menerima seorang murid lagi, seorang kanak kanak perempuan berusia 6 tahun yang baru saja membakar anak lelaki berusia 3 tahun sampai nyaris mati? kanak kanak itu mempunyai tahap IQ di atas 180, namun menderita masalah emosional parah. dia tidak pernah pernah menangis, baik di kala sedih, marah, mahupun kesakitan. dia juga agresif dan selalu membangkang. mungkin kerana sang ibu meninggalkannya di jalanan saat berusia kanak kanak itu berusia 4 tahun. mungkin juga kerana ayahnya pemabuk dan tidak mampu memberinya didikan yang sepatutnya. mungkin kerana dia memang tidak tahu bagaimana untuk membuat orang lain mencintainya.

menghadapi murid seistimewa ini, bekal sang guru hanyalah kesabaran dan kasih yang mendalam. dalam buku ini, sang guru menuturkan pengalaman nyatanya berusaha menyentuh hati si gadis kecil dan memunculkan segala potensi yang dia miliki.

Torey Hayden adalah seorang psikologi pendidikan dan guru pendidikan luar biasa yang sejak 1979 telah mengisahkan perjuangannya di ruang kelas dalam sekumpulan buku laris. Saat ini dia hidup dan menulis di North Wales, Inggris, dengan suami dan seorang anak perempuannya.
Related Posts with Thumbnails