Saturday, January 30, 2010

satu hari dalam hari yang bukan hari saya

bangun pada satu pagi yang cerah. detik hati...oo...hari ini kelas pukul lapan pagi. tengok jam. sudah pukul lapan tujuh minit pagi. kelam kabut bangun dari katil gosok gigi cuci muka. mandi tidak. busuk. apa boleh buat. rasa sedih. berjalan cepat ke kelas, saya jatuh dalam lopak. malu tidaklah juga malu sebab saya susah mahu rasa malu. dan bila terasa malu itu ada, saya pura pura tidak malu sebab saya akan lebih malu bila saya mengaku malu itu ada. lopak! ya lopak air yang airnya busuk dan bila saya lihat air lopak itu dalam dalam, ada benda kecil, kurus dan pendek bergerak gerak. saya tahu itu jentik jentik. ya? jentik jentik suka main main dalam air yang jernih. tapi lopak ini tidak begitu jernih dan lopak ini airnya berbau. tidak mahu fikir apa benda yang bergerak gerak itu lagi sebab tomyam ayam yang terasa pedas sejak semalam sudah mula bergerak gerak di dalam perut. saya lari lari pulang ke rumah sebab saya berbau busuk. sedang berlari lari anak, kain baju kurung biru yang saya suka pakai tersangkut di hujung gate rumah. koyak! sakit hati sebab ini baju kurung waris dari mama. cis! masuk dalam rumah dengan hati yang panas. panas sebab hari panas. panas lagi sebab jatuh dalam lopak. tambah panas bila tersangkut pada gate. cuba sejukkan hati yang panas, dan badan yang kepanasan dengan duduk di bawah kipas. tekan dan pusing suis. kenapa kipas tidak pusing? elektrik putus. periksa bil elektrik. sudah ada notis pemotongan. kami lupa bayar sebab ptptn lambat masuk dalam akaun. rasa sakit kepala. satu hari yang bukan hari saya.
Related Posts with Thumbnails