Saturday, January 30, 2010

di sini ada ruang yang kadang kadang kosong.

sejak kecil lagi, saya selalu berangan angan mahu menjadi seorang cikgu. mungkin sebab pengaruh keluarga yang sangat besar. saya rapat dengan keluarga sebelah mama dan adik beradik mama yang lapan orang semunya bergelar cikgu kecuali abang mama yang seorang adalah pegawai tentera. namun, saya jarang sekali berjumpa dengan uncle yang itu. di depan saya mama yang cikgu. uncle yang cikgu. auntie yang cikgu. semua cikgu. semasa bersekolah di sekolah rendah, kami sekeluarga tinggal di perumahan guru. bermula di situ, timbul minat untuk menjadi cikgu kerana pada masa itu saya selalu fikir, jadi cikgu kena bagi rumah.

semasa dalam tingkatan satu, saya tinggal dengan auntie saya disebabkan jarak antara sekolah menengah di pekan yang jauh dengan sekolah tempat mama mengajar. auntie saya mengajar matematik di sekolah dan dia juga merupakan kaunselor di sekolah. pada waktu malam, auntie akan bagi tuisyen matematik kepada anak anak di kampung. anak anak kampung suka pada auntie dan selalu bagi hadiah. pada masa itu, timbul lagi rasa ingin jadi cikgu. nanti banyak orang suka dan bagi hadiah.

tapi saya mahu jadi cikgu yang mengajar. cikgu yang pegang pembaris panjang. cikgu yang bercakap cakap dalam kelas. cikgu yang buat tanda merah atau biru atau hitam pada kertas peperiksaan murid murid. cikgu yang boleh bagi kerja rumah. cikgu yang boleh bagi tuisyen.

tiba tiba...masa saya berumur 20 tahun, saya dapat panggilan menjadi cikgu tapi saya bukan cikgu yang mengajar. saya cikgu yang mendengar dan mendengar dan mendengar. saya cikgu yang tidak akan dapat bagi kerja rumah. pada permulaannya sedih tapi fikir fikir lagi ohh...ini rezeki yang Tuhan bagi. terima kasih Tuhan. belajar menjadi kaunselor dan akan digelar cikgu.

tapi, sampai sekarang saya masih terasa ada ruang yang kadang kadang kosong. bolehkah ruang ini jadi ruang yang kadang kadang penuh? saya masih belum layak menjadi kaunselor. satu sebab belum graduate. dua sebab saya masih sangat lemah. dan saya sedar itu. lalu tumbuh satu ruang yang kadang kadang kosong.
Related Posts with Thumbnails