Saturday, January 30, 2010

apa itu kaunseling

pelbagai definisi kaunseling wujud. namun, kesemua definisi tersebut bermatlamat ingin membantu individu menjalani kehidupan yang lebih baik dan berkesan untuk individu tersebut.

jones (2004) menjelaskan bahawa istilah kaunseling mempunyai pelbagai makna. pertama, ia melibatkan individu yang ingin menerima kaunseling. dimensi seterusnya ialah sebagai satu perhubungan, intervensi, satu proses psikologikal dan mempunyai matlamat yang tertentu dalam satu-satu sesi kaunseling.

kottler & brown (2000) mendefinisikan kaunseling sebagai satu profesion yang mempunyai sejarah dan set standard serta berbeza daripada disiplin kerja lain seperti kerja sosial, psikologi dan psikiatri.

patterson (1995) mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses interaktif melalui satu perhubungan yang unik antara kaunselor dengan klien yang mengarah kepada perubahan klien dalam aspek afektif iaitu tingkah laku.
Related Posts with Thumbnails