Thursday, February 25, 2010

"ORANG BESAR, TOLONG SAYA!"

kanak kanak mempunyai satu perasaan yang sangat halus. ini menyebabkan sukar bagi orang dewasa (kanak kanak gelar orang orang dewasa sebagai orang besar kan) untuk memahami apa yang sedang difikirkan atau dirasakan oleh seseorang kanak kanak itu. kita sebagai orang yang lebih dewasa daripada kanak kanak melihat seorang kanak kanak itu sebagai dalam keadaan sedih kerana dia menangis, atau kanak kanak itu riang bila dia ketawa. namun kita sukar merasai apa yang ada jauh di dalam hati seorang kanak kanak. orang dewasa selalu mengeluh kerana banyak perkara.

satu:
kerja.

dua:
hal rumah.

tiga:
sikap anak.

empat:
macam macam.

tapi kita! kita! ya kita sebagai dewasa: lupa melihat ke dalam hati kanak kanak. kita stress. kanak kanak juga merasai stress. kita sedih. kanak kanak juga merasai sedih.

kanak kanak memerlukan bantuan kita. ya, bila ada sesuatu yang terselit sangat dalam di hati mereka (terutamanya kesedihan) mereka sangat sukar meluahkan kesedihan itu. bukan semua. tapi ada sebilangan. dan bila kita bertanya seperti ini:
"kamu sedih?" mereka geleng geleng.

renung dalam ke mata seorang kanak kanak: akan terlihat satu kesedihan dan dengar: orang besar, tolong saya!

sebenarnya banyak cara yang boleh kita lakukan: sebagai orang dewasa. untuk membantu kanak kanak comel ini. (comel itu abstrak dan semua kanak kanak adalah comel)

1. galakkan kanak kanak supaya meluahkan emosi yang mendalam pada persekitaran yang selamat dan dipercayai.

2. tanyakan dengan lembut mengenai perasaannya. kanak kanak mudah percaya pada orang dewasa yang lemah lembut terhadapnya.

3. nyatakan padanya, tidak salah sekiranya dia merasa sedih dan menangis.

4. dengar dan rasa apa yang dirasai oleh kanak kanak tersebut tanpa sebarang tanggapan.

5. sekiranya kanak kanak itu tahu menulis, galakkan dia menulis apa pun yang dirasainya.

6. hiburkanlah hati kecil sang kanak kanak.

kita pernah merasai bagaimana rasanya menjadi seorang kanak kanak dan kita harus tahu apa yang dimahukan oleh kanak kanak. kadangkala, apa yang kita pernah dapat tidak pernah dimiliki oleh kanak kanak lain.

anak adalah satu hati yang tidak ternilai harganya.

Related Posts with Thumbnails