Wednesday, February 24, 2010

ELAK JADI PENDENDAM!

perasaan marah, benci dan sakit hati adalah satu perasaan yang biasa dihadapi oleh semua orang terutama apabila dirinya disakiti oleh manusia yang sangat signifikan dalam dirinya. namun, apa yang membimbangkan apabila perasaan tersebut berlanjutan sehingga menyebabkan timbulnya perasaan dendam. andainya dendam ini dibiarkan terus di dalam diri, maka lama kelamaan ianya bukan sahaja mampu membangkitkan niat yang jahat dan buruk malah mungkin juga boleh mendorong seseorang untuk melakukan jenayah!

perasaan dendam lazimnya
berpunca dari pengalaman pengalaman yang menyakitkan. ianya lahir dari perasaan marah kemudian disimpan dan hari demi hari akan timbul perasaan ingin membalas. lebih membimbangkan lagi membalas bukan sekadar membalas malah apabila dendam menghantui diri ada yang sanggup melakukan sesuatu yang lebih kejam. perasaan dendam tidak akan dilupakan sehinggalah saat pembalasan tiba. sebenarnya, perasaan dendam dan niat mahu membalas dendam adalah disebabkan oleh ketidakmampuan diri kita untuk berdamai dengan diri sendiri. diri kita sendiri yang tidak mahu berusaha untuk melepaskan rasa sakit yang dirasai sebaliknya memilih untuk menyimpan! ingat!! manusia mempunya pilihan.

biarpun individu yang berdendam punya kesempatan dan peluang untuk membalas dendam namun itu bukan penentu masalah telah selesai. sebaliknya, dendam dan membalas dendam membawa kepada banyak perkara yang negatif.

terbiasa: sekali individu itu mula berdendam dengan seseorang maka seterusnya akan terbiasa berdendam biarpun hanya kerana hal hal kecil.

tidak boleh menerima gurauan: dendam mengakibatkan hati rosak dan selalu berprasangka buruk pada individu lain. gurauan dianggap serius!

dipulaukan kawan kawan: individu yang suka berdendam kurang disukai dan akan dipulaukan. orang di sekelilingnya bimbang andai tersalah langkah mereka juga akan menjadi mangsa dendamnya.

dipandang negatif: sentiasa menjadi buah mulut orang lain kerana selalu berfikiran negatif pada orang lain dan lebih serius lagi kesannya mereka juga sentiasa beranggapan negatif pada kita walaupun kita ingin membuat kebaikan.

membunuh diri: membiarkan perasaan dendam bersarang dalam diri sebenarnya sama seperti kita membunuh diri sendiri. hati menjadi busuk dan berulat!

hilang kepercayaan: orang yang suka berdendam biasanya akan hilang kepercayaan pada semua orang termasuklah ahli keluarga sendiri. individu ini beranggapan semua orang tidak ikhlas di matanya. perasaan inilah yang membuatkan individu tersebut sukar untuk maju kerana tidak memberi peluang kepada orang lain untuk membantu dan kerana tidak memberi peluang pada diri sendiri untuk percaya pada orang lain.

manusia mempunyai pilihan dan manusia menjadi seperti apa yang mereka pilih!
Related Posts with Thumbnails